Monday, 30 July 2012

padah mercun bola..


sumber berita harian

MERCUN BOLA MELETUP SEKALIGUS

CEDERA...Mohd Sohibullah cedera parah di mata akibat letupan mercun di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar.

 40 MERCUN BOLA MELETUP SEKALIGUS | CEDERA...Mohd Sohibullah cedera parah di mata akibat letupan mercun di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar.


sAKIT...Tuah parah di mata dan dahi akibat letupan mercun.
ALOR SETAR “Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan ini dan sebaik sumbu sebiji mercun bola yang dibakar terjatuh ke dalamnya, semua mercun itu meletup.
“Saya dapat rasakan kesan letupan menyambar muka saya, manakala Tuah terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan,” kata Mohd Sohibullah Saad, 27, yang berkemungkinan buta mata kiri selepas bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat Simpang Empat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8, yang berada berdekatan Sohibullah, mengalami kecederaan parah di dahi dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian Sohibullah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, dikatakan bermain mercun bola seorang diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi Tuah yang kemudian menyertainya.

Mercun bola itu dibeli Sohibullah di bazar Ramadan di Tandop, di sini, dua hari lalu dan merancang bermain bersama Tuah sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang kelmarin. Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

sekadar ingin berkongsi,,
yang buruk jangan ikut,
yang baik tlong pkpk kan,,
beri comment anda...