Monday 30 July 2012

padah mercun bola..


sumber berita harian

MERCUN BOLA MELETUP SEKALIGUS

CEDERA...Mohd Sohibullah cedera parah di mata akibat letupan mercun di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar.

 40 MERCUN BOLA MELETUP SEKALIGUS | CEDERA...Mohd Sohibullah cedera parah di mata akibat letupan mercun di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar.


sAKIT...Tuah parah di mata dan dahi akibat letupan mercun.
ALOR SETAR “Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan ini dan sebaik sumbu sebiji mercun bola yang dibakar terjatuh ke dalamnya, semua mercun itu meletup.
“Saya dapat rasakan kesan letupan menyambar muka saya, manakala Tuah terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan,” kata Mohd Sohibullah Saad, 27, yang berkemungkinan buta mata kiri selepas bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat Simpang Empat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8, yang berada berdekatan Sohibullah, mengalami kecederaan parah di dahi dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian Sohibullah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, dikatakan bermain mercun bola seorang diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi Tuah yang kemudian menyertainya.

Mercun bola itu dibeli Sohibullah di bazar Ramadan di Tandop, di sini, dua hari lalu dan merancang bermain bersama Tuah sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang kelmarin. Harian Metro Online

share umat islam di myanmar


GAMBAR] UMAT ISLAM DI MYANMAR | WAJIB SEBAR

(Gambar) Keganasan Terkini Terhadap Umat Islam Rohingya Di Myanmar.. Wajib Sebar

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.




(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.


Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM


Sumber : IKRAM

Saturday 7 July 2012

Hobi baru memancing

Start 3 bulan hari tue bermula Dari bulan 4,2012 aku mempunyai hobi yang baru iaitu memancing.. Haha hampir tiap2 minggu aku pergi memancing bermula Dengan 1batang joran Sehingga la sekarang aku mempunyai 4batang joran.. Gila la aku minat betul aku memancing.. Ini gara-gara mohd percik sahabat se office aku mengkoplot aku memancing habis aku terjebak ke alam pancing.net niee.. x sabar nak mancing laut dalam minggu depan...

Tuesday 21 February 2012

Ainan Tasneem artis you tube,,

what ??????

Ainan Tasneem artis you tube,,



aku dengar sekarang nie ainan tasneem dah mula disunting oleh sesebuah producton,(sumber dari blog shahrul shaharudin)
em x sangka akhirnya dia menjadi artis rakaman jugak,walaupun selama ni aku dengar dari peminat2 , yang mengatakan dia ni x nak jadi artis,sekadar hobi la apa la..


btw,aku tersokong sangatla lau budak cute manis nie move on buat album,or just teruskan minat nyayian dia tu,,dalam you tube pun x pa la kot,


janji lahirlah satu lagi penyayi you tube dalam malaysia nie,,


saksikan Ainan Tasneem dalam anugrah juara lagu 2012 haha..

Saturday 18 February 2012

kartun2 atau superhero

perasit masih teringat dizaman kecik2,


alangkah bestnya kalau umur nie x pernah meningkat langsung,
sentiasa muda macam cerita piterpan tu ..


korang mesti masih ingat lagi kartun2 atau superhero masa kekecik dulu,
aku selalu x pernah miss kalau tengok cerita2 macam nie semua..
ponting sekolah pun aku sanggup disebabkan nak tengok cerita kartun2 niee,,


(gaban) wakata wakata gaban...

(baja hitam) 

(FLASHMAN)

(ULTRAMAN)



emm sebenarnya banyak lagi kartun2 yang membesar bersama aku kalau korang nak tahu,
yang ni sebahagian yang aku ingat ,

hari tue baru2 nie aku ada la tengok balik cerita2 cam nie kat youtube,,
saja2 layan balik,x sampai 20 minute aku dah naik bosan dah,x boleh blaaa da,, 
maksudnya aku dah tak leh nak layan cerita2 macam nie..
mungkin kerana aku dah dewasa kot..

pastu aku pkpk balik nie ke cerita atau kartun2 yang aku tengok masa kecik2 dulu tue,,
yang aku agung2 kan dulu..peh mengarut ja,,haha

so moral of value the story yang aku nak cakap or sampai kan kat sini ialah,
aku dah dewasa ... hihihi..
coz hanya zaman kanak2 ja yang boleh layan cerita2 macam nie..

sapa2 yang kat luar dah besor panjang tu tapi masih tengok cerita2 cam nie lagi,,dah2 la tu hentikanlah..

.....................




Friday 17 February 2012

jom download movie


perasit mendownload movie...
masih tidak lari dari asal tujuan blog..

dimulakan dengan assalamualikum,
kadang kadang aku duduk office boring jugak bosan layan internet..
so sambil melayan internet ni aku download movie la apa lagi
ada jugak bahan untuk aku tengok atau layan malam karang..

so disini aku nak kongsi sikit macam mana aku mendownload movie ni,,
web site yang aku selalu cedok movie ni seperti berikut,
1.syok.org

2.oh syok movie

3.jiwang.net

Sebenarnya banyak lagi tempat yang korang boleh download movie nie..
apa yang diatas tue sebahagian ja..

mesti korang nak tahu macam mana caranya lak nak mendownload  movie2ni kan,
emm ..
macam nie cara dia,

1. yang pertama dan yg penting bagi aku korang mestilah ada software Internet Download Manager coz benda nie speed download laju sikit semasa men download 

2.korang bukak mana2 web site diatas,
pilihla movie apa yang korang nak,pastu dia akan keluar Download Link :
selalunya link tu macam nie
[Mediafire]
Part 1 | Part 2
pastue korang download la ke dua2 part tue,(make sure completed)

3.Sila join part-part video ini dengan menggunakan software HJ-Split sebelum play kecuali file “Single Link”.

ok harap membantu ,lau x paham jugak try2la search sendiri atau tanyala pakcik google tuee..

Ronal the Barbarian (2011) 720p BluRay MKV

Ronal the Barbarian (2011) 720p BluRay MKV: Genre : Animation,Adventure,Fantasy


Sinopsis :
mari kita download ,

Thursday 16 February 2012

Anuar Zain Tuntut Hak RM63,000

Anuar Zain Tuntut Hak RM63,000

Cerita aku zaman 2020

perasit xlari dari asal usul,tujuan dan cita rasa...
masih berada dijalan cerita tujuan blog yang asal...

perasit 2020
kehidupan masyarakat malaysia sekarang..!!!!!
malaysia 2020 itula yang aku dengar pada zaman kanak2 aku dlu2,
masa tue korang tahu apa yang terlintas dalam fikiran aku apa yang dimaksudkan malaysia 2020,
zaman yang penuh dengan teknologi moden
biasala terpengaruh dengan cerita back to future kot,












pertama aku bayangkan yang zaman 2020 tu mesti ada kareta terbang,
 mungkin cam nie la kot,

x pun macam ni

rumah lak pada zaman 2020,

fashion in 2020



em macam tu la apa yang aku bayangkan dalam fikirkan, pada zaman kanak2 aku apa yang dimaksudkan malaysia 2020,
sebenarnya aku x paham apa itu malaysi 2020,sampai sekarang aku pun x paham..
munkin yang dimaksudkan ialah pada zaman nie 2020 malaysia semakin maju,
ya munkin,

atau sebaliknya ,
masyarakat kita sekarang berpecah belah,
politik yang kotor
cina,melayu,india one malaysia apa tuee.....


atau 2020 jadi macam nie..KIAMAT

apa2 pun marilah kita berdoa sama2 semoga MALAYSIA bertambah maju dan makmur
love malaysia...






perasit with FHM malaysia

perasit with FHM malaysia

FHM Cover Malaysia,
actually aku x pernah pun beli magazine FHM malaysia nie,
dan x ada keiginan nak beli pun
sekadar nak berkongsi majalah FHM malaysia ni wujud sebenarnya..

sapa x kenal MIZZ Nina


MAYA KARIN


walau macam mana pun magazine FHM kat malaysia ni masih terkawal lagi,
x lah menjolok mata sangat,
kotlaa... aku pun x pernah beli just tgok dari google je..haha



perasit with FHM philipin

perasit with Cover FHM 2011

majalah ni aku selalu tgok semasa aku keja kat phlipin dulu,
sejak dari tu baru aku tahu majalah nie setiap negara ada FHM masing-masing

FHM Malaysia pun ada jugak,

so nia ada pic cover FHM plipin 2011 aku nak kongsi dengan korang semua,
just tengok ja jangan sampai ada nafsu sudah la ok,,haha
enjoy >>>>>>









Wednesday 15 February 2012

Tuesday 14 February 2012

hacker

assalamualikum,
post kali ini mengenai perasit hacker

hack ????
apa itu hack
aku berjinak2 dan mencuba bermacam2 cara hack yang ada dalam dunia ni
peh rupa2nya bermacam2 yang korang boleh dapat,
apa ja yang korang nak try hack semua ada,
contohya
hack paswords WIFI jiran sebelah,hack facebook orang lain,dan macam2 la
korang just search je kat google tu apa yang korang nak hack..





AKU SOKONG ORG2  HACKER NI>>>

ni ada info sikit yang aku dapat dalam google pastu aku translated dalam bahasa english to malay

Hacker adalah satu istilah yang digunakan oleh sesetengah pengaturcara pandai "dan oleh orang lain, terutama orang-orang dalam media popular, bermaksud" seseorang yang cuba untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer. "

1) Eric Raymond, penyusun Kamus Hacker Baru, mendefinisikan penggodam sebagai seorang programmer pandai. "Hack baik" adalah penyelesaian bijak kepada masalah pengaturcaraan dan "hacking" adalah perbuatan yang melakukannya. Raymond menyenaraikan lima ciri yang mungkin layak sebagai seorang hacker,

Seseorang yang menikmati butir-butir pembelajaran bahasa pengaturcaraan atau sistem
Seseorang yang menikmati sebenarnya melakukan pengaturcaraan bukannya hanya teori  mengenainya
Seseorang yang mampu menghargai orang lain adalah hacking
Seseorang yang mengambil pengaturcaraan dengan cepat
Seseorang yang merupakan seorang pakar bahasa pengaturcaraan tertentu atau sistem, seperti dalam "penggodam UNIX